Resepi Perantau 11 - Jus Avocado

Ini entri penutup bulan November. Sebabnya dah tak kesempatan nak cerita pasal sambutan AidilAdha, BBQ Raya lah, pastu masuk pulak tahun hijrah baru, jadi ada eloknya aku update resepi Jus Avocado ni he..he..he.. Ini favourite my DH. First minum pun di Melbourne ni kat Restoran Indonesia - Esteler. Anak-anak pun suka, tapi depa suka yang kat Esteler jer. So disebabkan my DH asyik dok beli avocado suruh buat jus jer, aku pun usaha lah nak bagi jus buatan kat rumah ni rasa macam kat kedai. Alhamdulillah selepas beberapa kali try, jadi jugak sebijik mcm kat kedai heeeee :-D


Bahan utama, of course - Avocado

So ni nak share apakah bahan-bahan dan caranya.


Bahan-bahan:


2-3 buah avocado (ikut saiz) 
Susu secawan
Air gula (3 sudu besar @ lebih - ikut jumlah avocado yang digunakan)
Ais batu secawan
Satu Cawan Air Sejuk (Boleh tambah lagi kalau pekat sangat)
3 sudu besar yogurt (apa-apa perisa pun ok)


Jika suka boleh tambah coklat minuman - bancuhan 4 sudu besar coklat minuman (macam Cadbury, not Milo) dengan sedikit air (biar pekat)


Cara-caranya:


Blend isi avocado dengan semua bahan-bahan di atas. 
Isi ais batu terakhir sekali.
Kalau pekat tambah lah sedikit air lagi.
Selepas siap boleh lah ditambah coklat minuman tadi dan campurkan ketika mahu minum jus tersebut. 


Enjoy! Very Yummylicious :-)
Tips: Avocado yang belum masak selalunya lebih murah drp yang masak ranum. Jadi kalau nak ranumkannya, letakkan di dalam beg kertas. Seal beg tu, lepas tu letak dalam bekas beras selama beberapa hari. Insya Allah, akan cepat ranum dan lembut.


Photos: Courtesy of the (all over) the WWW.

Comments

  1. wahhh kak.. lazat sungguh tengok gambo tuh. tapi kat sini mcm takpernah nampak pulak buah avocado. ke skop pandangan mata kene diperluaskan lagi..hohoh

    ReplyDelete
  2. Ye ker tak de...cuba lah carik..mmg best lah, especially minum masa hari panas, kenyang terus he..he..he

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts