Resepi Perantau 10 - Kimchi!!

Kebelakangan ini, semenjak pulang dari Seoul semua jadual kerja kelam kelibut sekali. Itu tidak termasuk perlu kemaskini satu lagi pembentangan di University Sydney hujung bulan nanti dan satu lagi di University Melbourne akhir bulan depan pula. Update kisah ke Seoul pun tak kesempatan nak buat. Bila tah agaknya. 

Apa-apapun dalam pada melihat-lihat gambar di Seoul baru-baru ini, teringat lah favourite Korean food kami - KIMCHI!!! Banyak kali nak upload resepi, baru ni lah kesampaian. Itu pun sebab Kak Sham yang turut ke Seoul turut sama terkesima dengan penangan Kimchi. Malah di Seoul, setiap hari lah makan Kimchi dengan Seaweed. OOhhhh sungguh sedap sekali, Alhamdulillah. 


Alhamdulillah dapat merasa makanan Halal Korea ketika di Seoul, 
di Restoran Muree yang comel di Itaewon.

Jadi akhirnya kali ini berjaya jugak lah aku menurunkan resepi ini. Entah bila aku nak buat pun tak tahu lah. Mungkin soon, sbb Kimchi di Melbourne ni sudah semakin melampau2 mahal harganya. Ok here goes:

Bahan2:

1/2 buku Kobis Cina
Sebesar ibu jari Halia
2 - 3 Ulas Bwg Putih
Segenggam Garam
1 sudu besar Ajinomoto
1 sudu besar gula
1 sudu besar cili serbuk (Babas pun ok)
6 sudu besar serbuk cili Korea (Ada jual kat Preston - nak bagi warna merah)
1 sudu besar minyak bijan + kalau suka (1 sudu besar sos ikan)
Setangkai daun bawang (kalau suka)

* Sila guna barangan/perkakasan plastik shj - no metal yer.


Proses membuat Kimchi dipanggil Gimjang yer ;-)

Cara-caranya:

Potong kobis. Biar kasar, jangan halus sangat.
Rendam di dalam mangkuk plastik besar dengan segenggam garam (sahaja - tanpa air) selama semalaman (lebih cepat kalau sayurnya agar kurang segar).
Sepanjang tempoh rendaman, cuba tengok2 kalau ada kobis yang telah lembut, dikeluarkan dan yang masih keras dipastikan diselaputi rendaman air garam. Kalau perlu, tekan dengan pinggan beserta lesung batu :-)

Selepas semua kobis lembut. Bilas sehingga hilang air garam.
Tos dan keringkan, sebolehnya menggunakan kain, seperti kain muslin. Jangan dipicit ya.

Sementara menunggu kobis kering, tumbuk halia dan bawang putih.
Kemudian masukkan ajinomoto, gula dan serbuk cili.

Selepas kobis kering, campurkan dengan serbuk cili korea dan satu sudu besar minyak bijan (+sos ikan). Gaulkan sebati. Kemudian digaul pula dengan bahan-bahan tumbuk tadi. Masukkan daun bawang kalau ada/suka.

* Kalau nak makan segera, masukkan 1 sudu cuka. (Hanya perlu tunggu seharian/semalaman)

Selepas itu masukkan dlm tupperware, seal dengan plastik wrap, sebelum ditutup dengan penutup tupperware. Simpan di dalam peti ais.

Kimchi yang sudah sedia dimakan akan mula mengeluarkan aroma jeruknya selepas 2-3 hari.

Sekian...jgn lupa buat ok...pesanan utk aku juga :-)

Comments

  1. buat lebih ye...antor ke Perth...heee

    ReplyDelete
  2. ish..kalau boleh kak udah lama sampai he..he..he

    Itupun teringin gak nak bungkus bwak balik, tp takut kena baling kat Airport hu..hu..hu. Last2 bwk balik seaweed sampai 10 bungkus. Sib baik ringan.

    ReplyDelete
  3. uisk kak ingatkan mee ke ape...kire jeruk lah ye kimci tuh

    ReplyDelete
  4. He..he..trylah wani. Sekali suka pulak, mana tahu kan? ;-)

    ReplyDelete
  5. bila search untuk cari resepi kimchi rasanya yang ini paling sesuai dan senang dibuat. InsyaAllah akan cuba buat resepi ini. terima kasih sebab kongsi

    ReplyDelete
  6. InsyaAllah akan cuba resepi ni. terima kasih sebab kongsi.

    ReplyDelete
  7. Bismillahirrahmaanirrahim
    Assalaamualaikum
    Saya ada menyediakan Kimchi Halal menggunakan resepi asli Korea untuk penggemar-penggemar kimchi di Malaysia. Homemade. Boleh beli online. Untuk maklumat lanjut dijemput melawat Facebook page saya Ittibaa Islamic Store dan Han Su Rii Halal Kimchi. Dijamin HALAL, SEDAP dan BERKUALITI, InshaAllah.
    Jazakallahukhairan. Terima kasih.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts